KARNIVAL KODAO STEM PERINGKAT PPD DARO 2024
Hari Pertama
Alhamdulillah, selesai satu acara pada hari ini iaitu Cabaran Roket Air. 2 orang peserta kita Faiz Bardrul dan Abdul Hakim Azizi telah berjaya menghasilkan keempat-empat roket air (kategori sasaran & payung terjun) dan melancar dengan jayanya.
Cabaran Hari ke-2 esok akan diteruskan oleh pasukan Bridge Building iaitu Aisyah Syazra, Hatta dan Siti Nur Adriana.
KARNIVAL STEM : HARI 2
SK SEBAKO LAYAK KE 10 AKHIR BRIDGE BUILDING
Alhamdulillah, selesai sudah acara pada hari ini iaitu Bridge Building bertempat di SK Semop. Pasukan SK Sebako yang terdiri daripada Aisyah Syazra, Muhammad Hatta dan Siti Nur Adriana telah menghasilkan jambatan yang menepati spesifikasi dan lulus untuk dinilai semasa pertandingan. Namun jambatan yang dibina hanya mampu menampung bebanan 30kg sebelum runtuh.
Tahniah!
0 Comments