Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2025

SK KAMPUNG SAWAI: MAJLIS PENANGGUHAN MINGGU PEMBUKAAN SEKOLAH & PENYAMPAIAN WATIKAH PEMIMPIN MUDA

Tarikh: 21 Februari 2025 Masa: 8.00 - 9.00AM Hari: Jumaat Pada minggu lepas, SK Kampung Sawai telah berjaya melaksanakan Majlis Penangguhan Minggu Pembukaan Sekolah dan Penyampaian Watikah Pemimpin Muda Pelajar Sesi 2025/2026. Majlis ini dimulai dengan penyampaian sijil pelantikan kepada semua pemimpin muda yang telah dipilih. Seterusnya, semua pemimpin muda telah mengangkat sumpah untuk menjalankan tugas dengan penuh disiplin dan dedikasi. Turut tidak dilupakan, ucapan dari guru besar turut diberi perhatian pada majlis tersebut. Antara amanat yang ditekankan beliau adalah pemimpin muda perlu sentiasa menjalankan tugas dengan penuh keikhlasan dan sentiasa menepati waktu.  Keseluruhnnya, majlis ini telah berjalan dengan lancar dan telah memberi nafas yang baru kepada semua pemimpin muda untuk menjalankan tugas dengan penuh semangat dan saksama.

SK KAMPUNG SAWAI: PROGRAM 1st DAY AT SCHOOL

Tarikh: 19 Februari 2025 Masa: 8.00 - 9.00 AM Hari: Rabu SK Kampung Sawai telah berjaya melaksanakan program 1st Day at School bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pegawai perhubungan Sekolah (PPS) sempena minggu pertama persekolahan bagi sesi akademik 2025/2026. Kedatangan 2 orang anggota polis iaitu Sarjen Faizam bin Awang dan KPL Norafizan bin Noor Azam adalah bertujuan untuk mewujudkan hubungan mesra dan kolaboratif yang lebih baik antara pihak sekolah dengan PDRM dalam usaha mencegah salah laku dalam kalangan murid sekolah. Keseluruhannya, program ini telah berjaya memberi pelbagai info kepada murid khususnya dan telah menjadikan suasana persekolah lebih selamat dan selesa untuk pembelajaran harian.

SK KG SERDENG : MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID SK KG SERDENG SESI 2024/2025

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID  SK KG SERDENG SESI 2024/2025 Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kampung Serdeng Nama Program: Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid Peringkat SK KG Serdeng Sesi 2024/2025 Tarikh Pelaksanaan :  16 Januari 2025 / Khamis Kumpulan Sasaran:  Semua Guru,  staf, ibubapa, penjaga dan murid Sek. Keb. Kg Serdeng. Intervensi Program :  1 .  Kehadiran tetamu. 2. Bacaan Doa 3. Nyanyian Lagu  Negaraku dan Ibu Pertiwiku 4. Ucapan  Wakil Murid 5.  Ucapan  Guru Besar  6.  Ucapan  oleh YDP PIBG SK Kg Serdeng 7.  Ucapan dan Perasmian oleh Ketua Kampung Serdeng 8. Penyampaian Anugerah Kokurikulum, Hal Ehwal Murid, Kurikulum dan Anugerah Khas. 9. Persembahan Murid 10. Jamuan dan bersurai Penutup : Secara keseluruhannya,  Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid  ini  telah berjaya dilaksanakan dengan sokongan dan kerjasama yang erat daripada semua pihak terlibat. Pihak sekolah mengucapkan ribuan...

SK KG SERDENG : BACAAN SURAH YASSIN DAN AKTIVITI MORAL JANUARI SK KG SERDENG 2025

BACAAN SURAH YASSIN DAN AKTIVITI MORAL JANUARI  SK KG SERDENG 2025 Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kampung Serdeng Nama Program: Bacaan Surah Yassin dan aktiviti Moral Bulan Januari Peringkat SK KG Serdeng Tarikh Pelaksanaan :  03 Januari 2025 /  Jumaat Kumpulan Sasaran:  Semua Guru,  staf dan murid Sek. Keb. Kg Serdeng. Intervensi Program :  1. Murid Islam berkumpul di Surau dan murid bukan Islam berkumpul di perpustakaan 2. Bacaan Surah Yassin diketuai oleh Ustaz Faizzul Azrul 3. Aktiviti Moral dilaksanakan oleh guru-guru moral Penutup: Kami berharap agar aktiviti moral yang telah dijalankan dapat membentuk karakter yang lebih baik dalam diri para pelajar, serta menggalakkan amalan baik dan positif dalam kehidupan seharian mereka. Semoga nilai-nilai murni yang diterapkan dapat dijadikan panduan dalam meneruskan perjalanan hidup dengan lebih bermakna. Terima kasih kepada semua yang telah memberi komitmen dan semangat untuk menjayakan program ini. Semoga ...

SK KG SERDENG : PROGRAM GERAKAN KEPIMPINAN MADANI / HENTIKAN SALAH LAKU BULI DAN SEKSUAL 2024/2025

PROGRAM GERAKAN KEPIMPINAN MADANI / HENTIKAN SALAH LAKU BULI DAN SEKSUAL 2024/2025 Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kampung Serdeng Nama Aktiviti: Program Gerakan Kempimpinan Madani / Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual SK KG Serdeng 2024/2025 Tarikh Pelaksanaan :  06 Januari 2025 Kumpulan Sasaran:  Semua guru, staf dan murid Sek. Keb. Kg Serdeng. Pengisian Program: 1 .  Kehadiran tetamu. 2. Bacaan Doa 3. Nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku 4. Ikrar Rukun Negara 5. Ucapan Guru Besar Sek. Keb Kg Serdeng 6. Ucapan  Guru Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Prasekolah dan Rendah. PPD Daro:       Encik Aruan Bin Samion 7. Bacaan Sajak oleh Dua Orang Murid Duta Sahsiah  Sek. Keb Kg Serdeng 8.  Nyanyian Lagu  Sekolah dan Lagu Fly Kenyalang Fly Penutup : Gerakan Kepimpinan Madani ini bukan sekadar satu program, tetapi merupakan satu gerakan yang mengajak kita semua untuk berubah dan mengutamakan nilai-nilai kemanusiaan yang luh...