1) NAMA SEKOLAH:
Sk Orang Kaya Muda Pakeri Paloh
2) NAMA PROGRAM:
Sambutan Hari
Guru 2025
3)TARIKH PELAKSANAAN:
19 Mei 2025
I Isnin
4)KUMPULAN SASARAN:
Semua warga
sekolah
5)PENGISIAN PROGRAM:
- Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan secara sederhana.
- Program ini bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik anak bangsa.
- Tema sambutan tahun ini ialah "Guru Pemacu Reformasi Pendidikan".
- Majlis dimulakan dengan gimik dari murid-murid dengan nyanyian lagu Terima Kasih Cikgu.
- Seterusnya, ucapan daripada Ketua Pengarah Pendidikan dan Menteri Pendidikan yang masing- masing disampaikan oleh Puan Siti Haja bt Mislan dan Puan Shahirah bt Md Hashim.
- Sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar sekolah, Encik Ramzi bin Junai.
- Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada guru dengan sesi cabutan sendiri anugerah.
- Majlis berakhir dengan sesi jamuan makan tengah hari bersama semua staf sekolah.
6)GAMBAR:
7)PENUTUP:
Secara keseluruhannya, sambutan Hari Guru ini berjalan
dengan lancar dan penuh ceria. Ia bukan sahaja mengeratkan hubungan antara guru
dan murid, malah menanam rasa hormat dan kasih sayang terhadap warga pendidik.
8)DISEDIAKAN OLEH:
NURHAYATI BINTI HAMDIN
PENYELARAS HARI GURU SKOKMP
Comments
Post a Comment