TARIKH: 4
JULAI 2025
MASA:
9.00-11.00AM
SK Kampung
Sawai telah mendapat khabar duka yang menyatakan Pembantu Pengurusan Murid
iaitu Puan Norsifah binti Sengli akan berpindah ke stesen baru. Beliau yang
berkhidmat hampir 19 tahun sejak tahun 2006 telah banyak membantu dalam pengurusan
murid prasekolah serta turut mencurahkan bakti dalam apa jua aktiviti sekolah
yang telah dijalankan.
Bagi merai
serta menghargai jasa beliau, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah bekerjasama
menjalankan majlis perpisahan untuk beliau. Majlis yang dijalankan penuh
kesayuan namun tetap meriah dengan sokongan ibubapa yang memberi kata-kata semangat
untu beliau terus berkhidmat di stesen baru.
Comments
Post a Comment