TAJUK : KEM JATI DIRI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRITI
TARIKH : 25 MEI 2022
TEMPAT : KAWASAN RUANG LEGAR DAN PADANG DEPAN KELAS PPKI SK HIJRAH BADONG
Sekolah telah mengadakan Kem Jati Diri untuk semua murid PPKI sekolah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa kem ini.
Semua anak-anak dari kelas PPKI sangat gembira semasa kem berlangsung. Mereka telah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Mereka juga telah belajar pelbagai perkara seperti memasak, memasang khemah dan kekemasan diri.
Semoga kem yang telah dijalankan ini dapat membantu membina jati diri anak-anak PPKI sekolah.
Berikut di bawah merupakan beberapa keping gambar yang telah diambil semasa kem.
0 Comments