Skip to main content

Mengenai SISC+

School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+)


Image by Gerd Altmann from Pixabay


Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah / School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) ialah satu daripada inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) di bawah Program Transformasi Daerah (DTP).

Bermula tahun 2019, perubahan pengoperasian bimbingan SISC+ adalah kepada Pemimpin Pertengahan atau Middle Leaders (ML) iaitu Guru Kanan Mata Pelajaran (KB) dan Ketua Panitia (KP) merujuk kepada surat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak pada 25 Januari 2019 dengan no. rujukan: JPSW.SJQ.100-13/11/2(42).

Malahan, penambahbaikan fungsi SISC+ juga diwujudkan berdasarkan Waran S90/2019 yang diluluskan pada 1 Jun 2019.
Berdasarkan kehendak dan perubahan tersebut, bidang tugas SISC+ terkini adalah untuk memberikan sokongan kepada guru daripada pelbagai aras pencapaian sekolah dalam aspek kurikulum, pedagogi dan penilaian.

Di samping itu, SISC+ juga membimbing dan membangunkan ML daripada pelbagai aras pencapaian sekolah dalam aspek penyeliaan pengajaran dan pembelajaran.

Natijahnya, perubahan fungsi dan peranan SISC+ yang telah ditambahbaik adalah bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru di sekolah berdasarkan SKPMg2 Standard 4.

Pada akhirnya, segala tumpuan terhadap usaha ini merealisasikan ciri sekolah berkesan dan juga kemenjadian murid.

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website