SK KAMPUNG SAWAI: AKTIVITI MERENTAS DESA DI SMK BATANG IGAN

TARIKH PELAKSANAAN: 15 SEPTEMBER 2022

KUMPULAN SASARAN: WAKIL MURID TAHAP 1 DAN 2

Pada 15 September yang lepas, SMK Batang Igan telah menganjur pertandingan merentas desa di bawah peringkat daerah Daro. Sk Kampung Sawai turut menerima jemputan untuk menyertai pertandingan tersebut.

Seramai 10 orang murid telah terpilih  untuk menyertai pertandingan tersebut iaitu terdiri daripada 5 lelaki dan 5 perempuan. Seramai 3 orang guru telah mengiringi murid ke SMK Batang Igan iaitu Guru Besar Encik Ian bin Felix Arip, Guru Kokurikulum Puan Magdeline Leman Anak Jali dan guru kelas Cik Ibtisam binti Hassan.

Kejayaan berjaya dirangkul oleh kedua-dua kategori lelaki dan perempuan iaitu, adik Daniel berjaya mendapat tempat ke 7 manakala adik Syakira mendapat tempat ke 2 serta adik Ezunizya mendapat tempat ke 5.

Penglibatan aktiviti ini dapat memberi kesan yang baik kepada murid untuk terus kekal cergas dan aktif dalam bidang kokurikulum sekaligus dapat mengekalkan momentum untuk terus cemerlang dalam pelbagai bidang yang disertai.









Post a Comment

0 Comments