Sambutan Hari Jadi Murid Asrama SK Batang Lassa, Daro
Tarikh: 26 Oktober 2022, Rabu
Majlis Sambutan Hari Jadi Murid Asrama ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Batang Lassa, Puan Jacqueline Anak Anthony. Turut hadir untuk memeriahkan majlis, Yang Dipertua PIBG Sekolah, Encik Sigat Anak Agok.
Tujuan utama Sambutan Hari Jadi Murid Asrama pada kali ini adalah untuk memberikan penghargaan serta menyambut hari kelahiran Murid-Murid Asrama yang jatuh pada Bulan Mac sehingga Disember. Dalam masa yang sama, keputusan Pertandingan Keterampilan Murid Asrama di bawah Program SisKA turut diumumkan.
Pelbagai ragam murid yang cukup mengasyikkan dapat dilihat sepanjang sambutan ini. Ditambah lagi dengan aktiviti yang cukup menarik seperti pemotongan kek secara beramai-ramai, persembahan Pemenang Pertandingan SisKa serta nyanyian karaoke daripada murid, guru-guru serta ibu bapa.
0 Comments