TARIKH PELAKSANAAN: 8 NOVEMBER 2022 HINGGA 10 NOVEMBER 2022
Seramai 4 orang pelajar SK Kampung Sawai telah terpilih mewakili PPD
Daro dalam acara Olahraga dan Bola Sepak bagi Kejohanan Sukan Sekolah Pedalaman
3 dan Pedalaman 2 Zon Sarawak Peringkat Kebangsaan Tahun 2022. Pelajar tersebut
ialah, Daniel Aeron Bin Baldwin dari Tahun 6 yang mewakili acara Balapan 100
meter dan Lompat Jauh, Ezumaqi Elcy Bin Shukri dari Tahun 6 yang mewakili acara
Balapan 200 meter, Amira Danisya Binti Romio yang mewakili acara Lontar Peluru
dan Melvien Bin Johan pula mewakili acara Bola Sepak.
Kejohanan ini
dikelolakan oleh PPD Baram dan diadakan di Bandaraya Miri, venue bagi acara
sukan diadakan di Stadium Miri untuk acara olahraga, Stadium Tertutup Miri bagi
acara Bola Baling (Perempuan) dan Sekolah Kebangsaan Merbau pula untuk acara Bola
Sepak (Lelaki). Kejohanan Sukan Sekolah Pedalaman 3 dan Pedalaman 2 Zon Sarawak
Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 telah mengumpulkan sebanyak 20 buah PPD yang
mana mempunyai sekolah pedalaman 2 dan 3 di bawah seliaan mereka.
Pada tahun ini, PPD
Baram telah memenangi dan mengenggam piala pusingan bagi kejohanan sukan
sekolah pedalaman kerana berjaya menjadi johan bagi acara olahraga dan
keseluruhan. Sementera itu, PPD Daro berada pada ranking ke 9
daripada 20 buah PPD yang bertanding, hasil daripada mata yang disumbangkan
oleh atlet lontar peluru (lelaki) dari SK Batang Lassa yang mendapat gangsa dan
atlet lompat jauh (lelaki) dari SK Kampung Sawai yang mendapat tempat ke 4
daripada 8 peserta yang terbaik.
Kejohanan
ini adalah merupakan satu program sukan yang mendukung usaha untuk memenuhi
kehendak semua murid terlibat sekurang-kurangnya dalam satu jenis sukan serta
sebagai salah satu pengisian program 1Murid 1Sukan. Selain itu, obkjektif
penganjuran ini dapat dilihat, dengan memupuk budaya bersukan dalam kalangan
murid-murid sekolah yang berada di kawasan pedalaman 3 dan pedalaman 2.
Menyediakan peluang bertanding yang berstruktur dalam kalangan murid sekolah
pedalaman. Mencungkil bakat dalam kalangan murid pedalaman untuk dilatih secara
sistematik serta diberi pendedahan ke peringkat yang lebih tinggi. Menjadikan
aktiviti bersukan sebagai sebahagian daripada budaya dalam kalangan murid
terlibat ke arah meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan.
Kejohanan
ini telah berlangsung selama 1 minggu, dengan perjalanan kontijen dari setiap
PPD bermula pada hari Ahad (6/11/2022). Pada hari isnin (7/11/2022) diadakan
taklimat bagi menerangkan prosedur dan peraturan bagi setiap acara yang akan
dijalankan kepada pengurus pasukan dan jurulatih bagi setiap PPD yang
bertanding. Hari Selasa, (8/11/2022) bermula acara Olahraga, Bola Baling
(Perempuan) peringkat kumpulan dan Bola Sepak (Lelaki) peringkat kumpulan.
Seterusnya, hari Rabu (9/11/2022) hanya berlangsung acara Bola Baling dan Bola
sepak peringkat kumpulan. Setelah itu, hari yang terakhir Khamis (10/11/2022).
Pada sebelah pagi berlangsung acara Bola baling dan Bola sepak untuk separuh
akhir dan akhir. Pada sebelah petang pula, majlis penutupan berlangsung bagi
menyerahkan pingat dan piala kepada para atlet yang telah memenangi acara yang
dipertandingkan sepanjang kejohanan berlangsung.
Atlet
dari SK Kampung Sawai telah menunjukkan semangat yang tinggi dalam acara yang
disertai oleh mereka. Hasilnya, seorang pelajar kita telah membawa pingat bagi
tempat ke 4 untuk acara Lompat jauh (Lelaki) daripada 8 peserta yang terbaik.
Selain itu, atlet lontar peluru (perempuan) berada pada ranking 9
daripada 18 atlet yang bertanding. Kejohanan ini dilihat telah memberikan satu
pengalaman yang berharga buat atlet SK Kampung Sawai di mana mereka mampu untuk
bertanding dan berada sama paras dengan atlet sekolah-sekolah pedalaman lain.
Pendedehan ini merupakan satu pendekatan yang terbaik dalam meningkatkan
kemenjadian pelajar dan menyerlahkan potensi mereka untuk mencapai prestasi
yang lebih baik dan tertinggi.
Laporan disediakan oleh:
Muhammad Muammar Bin Nurhady
Setiausaha PK Kokurikulum
0 Comments