SK KG TEKAJONG: KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI 2024 – BRIDGE BUILDING SR

 

KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI 2024 – BRIDGE BUILDING SR

Nama Sekolah                            : SK Kg Tekajong

Nama Program / Intervensi         : Karnival STEM Peringkat Negeri Sesi 2024 – Bridge Building SR

Mata Pelajaran                           : -

Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 26 – 30 Ogos 2024

Kumpulan Sasaran                     : Pasukan Bridge Building SKTD


Pengisian / Intervensi                 :

Pertandingan ini merupakan platform bagi mencungkil bakat, kreativiti dan memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah rendah tentang ilmu reka bentuk, teori-teori dalam kejuruteraan fizik (konsep asas pembinaan) dan memupuk minat murid dalam mata pelajaran sains serta reka bentuk dan teknologi.

Pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta percambahan minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Bridge Building SKTD telah berjaya mewakili PPD Daro bagi Pertandingan Bridge Building SR yang diadakan di Sarikei pada 26 – 30 Ogos 2024.


Gambar / Video                          :












Disediakan oleh:

Guru Pengiring

Post a Comment

0 Comments