Pada 13 Julai 2020, taklimat pembukaan sekolah untuk kelas tahun 5 dan tahun 6 telah diadakan bertempat di bilik RMT SK Kuala Matu. Taklimat yang dihadiri oleh ibu bapa kepada murid tahun 5 dan tahun 6 ini bertujuan untuk menerangkan tentang SOP yang perlu dipatuhi sebaik sahaja sekolah dibuka pada 15 Julai ini nanti. Sehubungan dengan itu, taklimat ini juga diharap dapat memberi gambaran kepada ibu bapa dan penjaga tentang normal baharu yang bakal dijalani oleh anak-anak mereka sepanjang berada di sekolah.
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment