Seramai 5 orang murid yang terdiri daripada 3 orang murid Tahun 5 dan 2 orang murid Tahun 4 telah dipilih oleh barisan guru Panitia Matematik bersama persetujuan daripada Guru Besar, Puan Halina Binti Abdullah untuk menyertai Kangaroo Math's Competition yang dikelolakan oleh Ardent Educational Consultants Sdn. Bhd. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada cara bagi pihak sekolah untuk menonjolkan bakat dan kebolehan murid ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga kejayaan milik mereka.
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment