Pembentangan K1a (Pemerhatian) dan K1b (Refleksi) Kajian Tindakan PPD Daro 2021
Pembentangan peserta dari sekolah-sekolah seliaan PPD Daro
Tarikh: 27 April 2021
Masa: 2.15 - 4.30 petang
Tempat: Sekolah / Kediaman masing-masing
Platform: Google Meet
Turut serta: Dr. Joshua Caseley (JPN Sarawak)
PENGISIAN DAN FOKUS:
a) Kata-kata aluan
b) Pembentangan K1a (Pemerhatian) dan K1b (Refleksi) Kajian Tindakan oleh beberapa peserta yang dipilih secara rawak
c) Sesi sumbang-saran & cadangan penambahbaikan
d) Perkongsian tips dan petua berkaitan kajian tindakan
e) Rumusan dan bersurai
RAKAMAN PEMBENTANGAN:
YouTube: https://youtu.be/PgoFiv9KDVg
LAPORAN BERGAMBAR:
RUMUSAN:
Semoga semua peserta beroleh manfaat dalam terhadap sesi pembentangan Kajian Tindakan ini. Seperti yang diketahui, Kajian tindakan adalah merupakan satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh pengamal pendidikan, guru atau pendidik sebagai penyelidik dalam situasi sosial mereka sendiri. Pada akhirnya, guru-guru akan melaksanakan tindakan praktik (intervensi) bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing bagi meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Secara tuntasnya, amalan dan pembudayaan Kajian Tindakan memerlukan komitmen padu setiap guru dalam menjamin kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
0 Comments