Skip to main content

SK BATANG LASSA: MAJLIS NGILING BIDAI TAHUN 2022

YB Safiee Bin Haji Ahmad, ADUN N.43 Daro menyempurnakan Majlis Ngiling Bidai SK Batang Lassa Tahun 2022 yang telah berlangsung pada 17 Ogos 2022 (Rabu) bertempat di Ruang Legar Makmal Komputer SK Batang Lassa.

Pada majlis yang sama Yang Berhormat turut menyampaikan cek sumbangan RM 5,000 kepada PIBG SK Batang Lassa seterusnya, menyampaikan Sijil Penghargaan dan Sijil Penyertaan pelbagai aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum peringkat Kebaangsaan dan peringkat negeri anak-anak SK Batang Lassa.

Selain itu, turut menyumbangkan 100 kerusi plastik tambahan & 5 buah meja lipat untuk kegunaan sekolah berkenaan.

SK Batang Lassa merupakan salah sebuah sekolah anak angkat DUN N.43 Daro sejak 2017, dan atas usaha serta kerjasama pelbagai pihak, prestasi sekolah semakin meningkat.

Selesainya majlis, Yang Berhormat berkesempatan melawat ke tapak projek Pemasangan Solar Hibrid di SK Batang Lassa.

Hadir sama, En. Junaidi Mohammed, Timbalan PPD Daro, En. Hamad, Penolong PPD Daro, Pn. Jacqueline Anthony, GB SK Btg. Lassa, Penghulu Dawi Jinggong, Kr. Adykuniawan dan Tuai-Tuai Rumah.




























Comments

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...