SK KG TEBAANG : PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM| 2 DISEMBER 2022 - 4 DISEMBER 2022

 PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM| 2 DISEMBER 2022 - 4 DISEMBER 2022

Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah pada kali ini dihadiri oleh 35 orang ahli Unit Beruniform Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Puteri Islam Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik yang dapat memupuk kepimpinan, kerjasama, kelangsungan hidup dan jati diri telah dilaksanakan sepanjang program termasuklah aktiviti:
1. Pengenalan diri (sesi 'ice-breaking')
2. Pemasangan dan penyimpanan khemah
3. Sesi bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (simpulan, ikatan & pertolongan cemas)
4. Konsep Nyalaan Api
5. Laluan berhalangan
6. Malam Kebudayaan
7. Sesi Burung Hantu





8. Senamrobik
9. Sesi Memasak Ala di Rimba
Tahniah kepada semua peserta dan sekalung penghargaan kepada pihak APM Daro atas kesudian menerima jemputan. Terima kasih juga kepada semua guru yang telah bertungkus-lumus menjayakan perkhemahan pada kali ini. Semoga pengetahuan yang diperoleh dapat diaplikasikan semua dalam kehidupan harian anak-anak.

Disediakan oleh
Cikgu Fatinnatasha

Post a Comment

0 Comments