SK KG BETANAK : MAJLIS GRADUASI DAN PENYAMPAIAN HADIAH 2022/2023

Pada 15 Februari 2023 lalu, Sekolah Kebangsaan Kampung Betanak telah pun mengadakan Majlis Graduasi dan Penyampaian Hadiah serta Sijil kepada murid-murid yang cemerlang di dalam akademik atau pun kokurikulum serta mempunyai sahsiah dan akhlak yang baik sepanjang sesi persekolahan. Pemilihan murid berdasarkan kepada keputusan peperiksaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2022/2023 serta Pentaksiran Bilik Darjah yang dinilai oleh para guru Sekolah Kebangsaan Kampung Betanak sepanjang sesi persekolahan 2022/2023. Murid yang terlibat adalah dari Pra Sekolah sehingga lah murid tahun 6. Berikut adalah objektif utama diadakan majlis tersebut :

 i.          Menghargai serta memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan murid

ii.         Menyuburkan potensi diri murid dalam pelbagai aspek perkembangan

iii.        Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kebolehan diri.

iv.        Meraikan kejayaan murid dengan menerima hadiah dan sijil di atas pentas

            bersama-sama dengan ibu bapa

v.         Mewujudkan kerjasama dan hubungan erat antara ibu bapa/penjaga serta guru-guru

dan pentadbir sekolah


Berikut merupakan gambar serta video sekitar Majlis Graduasi serta Penyampaian Sijil dan Hadiah :













Secara keseluruhannya, Majlis Graduasi dan Penyampaian Sijil/Hadiah ini berjalan dengan lancar.


Disediakan oleh :

NURUL AINI BINTI MOHD.YUNOS

PENYELARAS WEBSITE SISC+  SK KG BETANAK

Post a Comment

0 Comments