Skip to main content

SMK BELAWAI: AMBANG HARI BELIA NEGARA 2023

9 Mei (Selasa), SMK Belawai telah mengadakan Ambang Hari Belia Negara bertempat di Dewan Barong SMK Belawai. Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Belia Negara dengan kerjasama Unit Ko Kurikulum SMK Belawai. Peserta yang terlibat dalam program ini ialah murid tingkatan 2 dan 3 dan program ini berlansung dari jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi. Program ini tidak melibatkan semua murid SMK Belawai memandangkan murid menengah atas sedang menduduki Peperiksaan Pertengahan Penggal Pertama. Pegawai jemputan ialah Encik Awang Mohd Pakar Bin Awang Abdul Wahab selaku Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. 

   Program ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Ibu Pertiwiku seterusnya ucapan perasmian oleh Encik Shariff Bin Umar selaku Pengetua SMK Belawai disusuli dengan majlis perasmian Ambang Hari Belia Negara 2023. Setelah itu taklimat Ambang Hari Belia Negara oleh Encik Awang Mohd Pakar. Majlis ini diserikan lagi dengan kuiz dan cabutan bertuah. Selesai sesi cabutan bertuah, majlis penyampaian cenderamata daripada pihak Belia dan Sukan kepada Pengetua dan daripada pihak sekolah kepada pihak Belia dan Sukan sebagai tanda penghargaan atas kerjasama ini. Program di akhiri dengan sesi fotografi.

   Sambutan Hari Belia Negara adalah merupakan suatu pengiktirafan tertinggi terhadap sumbangan Belia kepada Negara. Mereka seharusnya tidak dipandang sebagai kelompok membebankan negara sebaliknya aset yang tidak ternilai harganya. Objektif program ini adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan daripada kerajaan kepada golongan belia yang menyumbang kepada pembangunan negara. Melali aktiviti ini juga mampu memberi semangat dan meningkatkan kesedaran kepada golongan belia di kala negara dunia dilanda pandemik, golongan belia masih mendapat perhatian daripada kerajaan. Selain itu, program ini bertujuan untuk menaikkan semangat kecintaan dan patriotism kepada golongan belia supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara. Program ini juga sebagai platform stategik kepada pemegang taruh untuk menyumbang kepada pembangunan negara.


Laporan bergambar:













Laporan disediakan: Nurhana binti Mustafa





Comments

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...

SK MOHAMAD REDEH SAAI: MAJLIS PENGHARGAAN SETULUS HATI DAN MAJLIS SAMBUTAN MESRA UNTUK GURU BAHARU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Majlis Penghargaan Setulus Hati dan Majlis Sambutan Mesra Untuk Guru Baharu Tarikh Pelaksanaan Program: 28 Februari 2024 | Jumaat Kumpulan Sasaran: Guru-guru dan murid-murid SK Mohamad Redeh Objektif Program: 1. M enghargai jasa dan sumbangan guru-guru yang bakal berpindah. 2. Menyemai budaya apresiasi dalam kalangan warga sekolah. 3. Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama antara guru baharu dan warga sekolah. 4. Meraikan kehadiran guru-guru baharu dengan suasana mesra dan inklusif. Gambar: Penutup: Majlis Penghargaan Setulus Hati & Majlis Sambutan Mesra untuk Guru Baharu telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh mesra dan harmoni. Program ini bukan sahaja menjadi wadah untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru yang telah banyak menyumbang kepada sekolah, malah turut menjadi platform menyambut kehadiran guru-guru baharu dengan penuh penghormatan dan keakraban. Keseluruhannya, program ini telah mencap...