SK KAMPUNG SAWAI: PROGRAM MERENTASA DESA PERINGKAT SEKOLAH

 Pada minggu lepas, SK Kampung Sawai telah berjaya melaksanakan aktiviti merentas desa peringkat sekolah. Aktiviti ini telah berlangsung pada 14 Jun 2023.

Pada awal pagi lagi, murid-murid telah melakukan senaman ringan untuk persediaan merentas desa. Sedikit nasihat telah diberikan oleh guru penyelaras bahagaian tentang perjalanan aktiviti dan peringatan untuk menjaga keselamtan diri.

Aktiviti ini telah bermula tepat jam 7 pagi dah murid-murid telah berjaya menamatkan larian mereka pada jam 9 pagi. Aktiviti merentas desa ini telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori tahap 1 dan tahap 2.

Seterusnya, setelah tamat acara larian, sesi penyampaian hadiah dah sijil penghargaan telah diberikan kepada murid yang berjaya dan menyertai aktiviti ini. Bagi murid yang berjaya mendapat tempat yang terbaik, mereka telah berjaya melayakkan diri untuk mewakili sekolah dalam acara merentas desa peringkat daerah.

Aktiviti ini telah memberi semangat kesukanan yang baik dalam diri para murid. Selain dapat menyihatkan tubuh badan, aktiviti ini turut memberi keseronokan kepada murid melalui pembelajaran yang dibelajar di luar bilik darjah.






Post a Comment

0 Comments