SK KAMPUNG SAWAI: PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN GIGI

Pada minggu lepas, Sk Kampung Sawai telah melaksanakan program pemeriksaan kesihatan gigi selama 3 hari bermula 20 sehingga 23 haribulan Jun 2023.

Seramai 3 orang wakil jururawat dari Klinik Kesihatan Dalat telah datang ke sekolah untuk berkongsi tentang kesihatan gigi. Pada hari pertama, ketua jururarawat pergigian iaitu Puan Norita telah mengadakan sesi perkongsian tentang cara penjagaan gigi dengan betul. Selain menunjukkan demo yang betul cara memberus gigi, para jururawat turut memantau murid memberus gigi selepas waktu rehat.

Pada hari kedua dan ketiga, mereka telah menjalankan pemeriksaan gigi kepada semua murid. Bagi murid yang ada masalah seperti gigi berlubang, mereka turut membekalkan ubat selain memberi nasihat yang baik kepada murid terbabit.

Semua murid telah mendapat banyak manfaat dari program ini. Selain dapat meningkatkan pengetahuan tentang pentingnya penjagaan gigi, mereka turut dapat mengaplikasikan cara yang betul untuk memberus gigi dengan baik.











Post a Comment

0 Comments