Skip to main content

SK KG BETANAK : MAJLIS KHATAM AL-QURAN

 Pada 13 Mei 2023, Sekolah Kebangsaan Kampung Betanak telah pun mengadakan Majlis Khatam Al- Quran bagi meraikan  murid-murid tahun 6 yang telah berjaya menamatkan Khatam Al-Quran. Murid yang terlibat dalam Majlis Khatam Al-Quran ini seramai 22 orang. Berikut adalah objektif utama diadakan majlis tersebut:

i.          Menanam minat kepada murid secara berterusan dalam tilawah Al-Quran.

ii.         Memastikan semua murid tahun enam dapat menguasai kemahiran tilawah Al-Quran.

iii.        Membina dan mengukuhkan aspek penghayatan Al-Quran kepada murid.

Iv.        Meraikan kejayaan murid yang telah berjaya menamatkan belajar Al-Quran.

v.         Mewujudkan kerjasama dan hubungan erat antara ibu bapa/penjaga serta guru-guru

dan pentadbir sekolah

 Berikut merupakan gambar sekitar Majlis Khatam Al-Quran:







Secara keseluruhannya, Majlis Khatam Al-Quran ini berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa kekangan dan juga cabaran pada permulaan perancangan namun setelah mesyuarat serta permuafakatan dijalankan dapat juga majlis ini dijalankan dengan jayanya. Setiap kepahitan dan liku untuk mengadakan sesuatu majlis itu menjadikan lebih manis untuk dikenang apabila bekerjasama dan kesepakatan dalam kalangan semua pihak. Adalah diharapkan majlis ini dapat  dijalankan dengan lebih meriah dan juga memastikan perlunya dana kewangan yang lebih kukuh bagi memudahkan pelaksaan apa sahaja rancangan yang akan djalankan kelak.


Disediakan oleh :

NURUL AINI BINTI MOHD.YUNOS

PENYELARAS WEBSITE SISC+  SK KG BETANAK

 

Comments

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...