Skip to main content

SK KG BETANAK : PROJEK KECERIAAN PERPUSTAKAAN

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diurus secara sistematik. Sehubungan dengan itu, keceriaan Pusat Sumber adalah salah satu aspek paling utama bagi menarik minat seluruh warga SKBE untuk menggunakan PSS dalam usaha mewujudkan sebuah pusat sumber sekolah cemerlang

Objektif.

  1. Menarik minat warga SKBE untuk berkunjung ke pusat sumber sekolah.
  2. Menarik minat membaca dalam kalangan warga SKBE.
  3. Menambahkan keceriaan PSS supaya lebih selesa dan menarik agar dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan murid-murid disamping mewujudkan situasi p&p yang pelbagai serta berlainan daripada di bilik darjah.

Bil.

Perancangan Anggaran

1

Menukar tikar getah yang baru.

2

Membaik pulih dan menyusun semula rak-rak buku.

3.

Menambah sudut-sudut informasi dan melengkapkan papan kenyataan di bilik perpustakaan dan pusat sumber sekolah.

4.

Menyediakan bekas penyimpanan buku bagi setiap kelas agar lebih sistematik dan kemas.

5.

Membuat penjilidan buku baru.

6.

Menyediakan ruang khas pada rak di pusat sumber untuk menyimpan Fail Rekod Peribadi Murid.


Sebelum




Selepas






Projek ini dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama dari semua warga kerja Sekolah Kebangsaan Kampung Betanak untuk keselesaan murid-murid. Ianya dapat dilaksanakan dengan jayanya bersama-sama dan mencapai objektif yang digariskan dalam menjadikan PSS sebagai pusat tumpuan ilmu di sekolah ini dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua aspek. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang dibuat berjalan dengan lancar.

 

Disediakan oleh ,

Nurul Aini Mohd Yunos

Guru Perpustakaan SK Kg Betanak + Penyelaras Website SISC+ SK Kg Betanak

 




Comments

Popular posts from this blog

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

INTERVENSI MINGGUAN PANITIA MATEMATIK SMK MATU

SMK MATU INTERVENSI MINGGUAN PANITIA MATEMATIK Intervensi ini merupakan Intervensi mingguan yg diadakan setiap pagi hari Khamis dari jam 0640 - 0700. Ini bertujuan untuk mengisi masa terluang sebelum mulanya PdPC. Intervensi ini terbahagi kepada dua jenis iaitu Intervensi untuk Menengah rendah dan Intervensi untuk Menengah atas.  Bagi Menengah rendah, Intervensinya adalah "Bijak Sifir". Ini kerana kebanyakan pelajar kurang mahir dalam Sifir. Malahan ada pelajar masih tidak hafal Sifir yang iaitu Sifir 2. Oleh itu, program ini amat sesuai untuk pelajar Menengah rendah untuk mengasah hafalan Sifir mereka. Sifir merupakan tunjang kepada subjek Matematik. Tanpa Sifir, sukar untuk menguasai subjek Matematik.       Intervensi Menengah Rendah Bagi Menengah atas pula, Intervensinya adalah "1soalan 1tingkatan". Program ini lebih kepada pendedahan pelajar kepada soalan peperiksaan awam iaitu soalan spm di mana pelajar akan diberi satu soalan untuk sa...