SK NANGA SEMAH: UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK 2023/2024

Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 2011. Pentaksiran ini bersifat holistik yang merangkumi aspek akademik, iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Pusat (PP) serta aspek bukan akademik iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Pelaksanaan PBS adalah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bagi mencapai hasrat tersebut, Ujian Sesi Akademik (Ujian Pertengahan Sesi Akademik dan Ujian Akhir Sesi Akademik) telah diperkenal dan diperkasa dalam usaha mewujudkan murid yang seimbang dari segala aspek penilaian.

Sehubungan itu, SK Nanga Semah telah melaksanakan Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) pada ketetapan berikut:

Tarikh Mula: 07 Ogos 2023 
Tarikh Tamat: 11 Ogos 2023

Diharapkan agar UPSA ini mampu mempertingkat motivasi murid untuk belajar seterusnya mengukur tahap penguasaan murid dalam subjek yang dipelajari.








Post a Comment

0 Comments