SK KAMPUNG SAWAI: LAWATAN KESIHATAN KLINIK KESIHATAN MATU

Pada 23 Oktober 2024 yang lepas, Sk Kampung Sawai telah menerima kunjungan pihak Klinik Kesihatan Matu untuk pemeriksaan kesihatan murid tahun 1 hingga tahun 6. 

Lawatan ini bertujuan untuk memeriksa dengan lebih dekat tahap kesihatan dan penjagaan diri murid. Selain itu, pihak klinik turut menyelitkan perkongsian ceramah tentang pentingnya penjagaan kesihatan serta turut memberikan suntikan vaksin kepada semua murid tahun 1. 

Kunjungan ini telah memberikan impak yang baik kepada seluruh warga sekolah. Semua murid juga telah mendapat pelbagai input yang menarik berkaitan penjagaan kesihatan diri yang lebih berkualiti.






Post a Comment

0 Comments