SK KAMPUNG SAWAI: MAJLIS PENUTUPAN DAN ANUGERAH KOKURIKULUM 2024

Pada minggu lepas, Sk Kampung Sawai telah berjaya melaksanakan Hari Penutupan Dan Anugerah Kokurikulum  pada 9 Januari 2025 bertempat di Dewan Solar.

Majlis ini dijalankan adalah untuk menyampaikan anugerah kepada semua murid yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum sepanjang 2024. Bertemakan konsep santai hi tea, majlis ini telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama dengan pihak PIBG.

Menurut Penolong Kanan Kokurikulum Puan Magdeline Leman Anak Jali, majlis ini adalah sebagai majlis penutupan dan hari untuk meraikan kejayaan semua murid dan guru yang telah bergiat aktif sepanjang tahun 2024. 

Kesimpulannya, majlis ini telah berjalan dengan lancar dan disambut dengan meriah dengan sokongan ibubapa dan semua warga sekolah.















Post a Comment

0 Comments