SK MOHAMAD REDEH SAAI: MAJLIS IFTAR JAMAIE SKMR

Nama Sekolah:
Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai

Nama Program:
Majlis Iftar Jamaie SKMR

Tarikh Pelaksanaan Program:
13 Mac 2024 | Khamis

Kumpulan Sasaran:
Semua guru, murid, staf serta PIBG SK Mohamad Redeh dan penduduk Kampung Saai

Pengisian Program:
1. Mengukuhkan ukhuwah dan silaturahim antara warga sekolah.
2. Menyemai nilai-nilai murni Islam seperti kebersamaan, toleransi, dan kepedulian terhadap sesama dalam bulan Ramadan yang mulia.
3. Meningkatkan kesedaran rohani  dalam kalangan pelajar melalui  penghayatan ibadah puasa dan amalan berbuka secara berjemaah.

Gambar:





Penutup:
Secara keseluruhannya, majlis ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Majlis Iftar Jamaie yang telah dianjurkan merupakan satu inisiatif yang sangat bermakna dalam mengimarahkan bulan Ramadan serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga sekolah. Melalui majlis ini, ukhuwah antara guru, pelajar, ibu bapa dan komuniti setempat dapat diperkukuhkan dalam suasana penuh harmoni dan keinsafan. Selain menjadi wadah untuk berbuka puasa secara berjemaah, program ini turut menyemai nilai-nilai murni seperti kasih sayang, tolong-menolong dan rasa syukur.

Disediakan Oleh:
Nur Athyrah Binti Anthony
Penyelaras Program

Comments