TARIKH: 16
JULAI 2025
MASA:
12.20-1.00PM
Satu sesi permuafakatan
telah dijalankan semalam di Dewan Solar SK Kampung Sawai. Permuafakatan ini bertujuan
untuk memaklumkan kepada ibubapa tentang markah pentaksiran yang telah
dijalankan baru-baru ini.
Selain itu, agenda
lain turut dimuat masuk dalam sesi semalam, antaranya ialah perbincangan tentang
program yang akan berlangsung pada bulan Ogos serta perbincangan mengenai
masalah yang dihadapi di sekolah.
Sesi
permuafakatan ini telah berjalan dengan lancar dengan kehadiran penuh semua
ibubapa dan sesi ini akan diteruskan lagi pada sesi yang akan datang.
Comments
Post a Comment