1) NAMA SEKOLAH:
Sk Orang Kaya Muda Pakeri Paloh
2) NAMA PROGRAM:
Majlis Menabur
Bakti, Mengukir Memori
3)TARIKH PELAKSANAAN:
4 Julai 2025 I Jumaat
4) PENGLIBATAN:
Semua warga SKOKMP
5)PENGISIAN PROGRAM:
- Hari ini, pihak sekolah bukan sahaja kehilangan satu, tetapi tiga permata berharga iaitu En Afri bin Deli, Pn Jariya binti Sulong dan Cik Siti Asmah binti Busri yang telah sekian lama mewarnai perjalanan kehidupan di SKOKMP. Pemergian kalian ke tempat baharu bukanlah satu perpisahan biasa, tetapi satu kehilangan yang amat dirasai, kerana dalam setiap langkah kalian, tersisip jasa, dalam setiap senyuman, terpancar kasih, dan dalam setiap usaha, terserlah keikhlasan.
- Setiap daripada kalian meninggalkan jejak yang berbeza, namun semuanya menyatu dalam satu cerita yang tidak akan kami lupakan. Terima kasih atas segala ilmu, kerjasama, dan semangat yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di sini. Semoga langkah kalian di tempat baru dipermudahkan, dikelilingi oleh kebaikan, dan terus memberi cahaya seperti mana kalian pernah menyinari kami di sini.
6)GAMBAR:
7)PENUTUP:
Walau jasad berpisah arah, doa kami tetap mengiringi.
Selamat maju jaya, sahabat, jasamu tetap hidup dalam kenangan dan doa.
8)DISEDIAKAN OLEH:
NOR FARAH ATIQAH BT YATIM
PENYELARAS PROGRAM MENABUR BAKTI, MENGUKIR MEMORI
Comments
Post a Comment